Tuesday 8 December 2015

Sekadar Renungan Bersama

Kebanyakan pasangan yang sudah berkahwin menginginkan rezeki anak sebagai penyeri rumahtangga mereka. Ada pasangan yang kahwin terus bunting pelamin. Ada yang sudah bertahun-tahun kahwin masih belum diberi rezeki. Rezeki itu semua rahsia Allah. Rezeki jodoh, kahwin, harta, anak semuanya adalah rahsia yang Allah simpan untuk hambaNya. Juga sebagai ujian untuk menguji sejauh mana kebergantungan hamba kepada TuhanNya. Bagi saya, semua ini adalah ujian untuk memberi kesedaran bahawa kita masih bergantung pada pencipta kita sendiri.Membaca pelbagai jenis post tentang kegembiraan rakan-rakan dan saudara mengenai rezeki yang mereka perolehi memang akan menyentuh jiwa dan mata. Sama seperti saya. Tetapi apabila difikirkan, sebenarnya tersentuhnya hati dan mata itu membawa kita lebih dekat lagi pada Ilahi. Kadang-kadang saya terfikir, mereka yang belum dikurniakan rezeki itu adalah lebih baik kerana selama itu mereka akan meminta, meratap serta merayu pada Pemberi rezeki dan Allah suka pada mereka yang sentiasa meminta kepadaNya. Beruntungkan kita? Jadi sekarang senyum sentiasa..(doktor sendiri dah cakap kan, usia perkahwinan kurang setahun , terlalu muda dan potensi untuk mengandung dalam tempoh ini hanya 20 peratus)..siap senyum lagi doktor tu.. Jadi, saya doakan semoga kita semua yang masih mengharap kehadiran cahayamata akan terus bersabar dan berusaha hingga Allah tetapkan masanya yang sesuai. Amin..
P/S: BERDOA DAN BERUSAHA
SELEBIHNYA ALLAH S.W.T
Sekadar renungan bersama.....

No comments:

Post a Comment